Monday, October 26, 2009

Peringatan disiplin murid-murid Tahun 6

Murid-murid Tahun 6 diingatkan supaya datang ke sekolah seperti biasa. Murid yang tidak hadir ke sekolah perlu membawa surat dan jika tidak hadir 3 hari berturut-turut maka surat amaran ponteng pertama akan dikeluarkan oleh guru kelas.
Murid-murid juga diingatkan supaya tidak sama sekali bawa handphene ke sekolah. Selain itu alat permainan dan majalah-majalah juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

Thursday, May 28, 2009

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2009

Kepada semua warga sekolah sks2bk selamat bercuti selama dua minggu ini. Diharap semua murid dapat menggunakan cuti ini untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah. pastikan selepas cuti ini murid-murid lebih berdisiplin lagi.

Monday, June 16, 2008

Barang-barang larangan

3.4 Barang-barang larangan

a) alat-alat solek
b) barang kemas
c) barang-barang yang tajam (pisau)
d) telefon bimbit
e) rokok
f) mancis
g) liquid paper
h) komik
i) barangan yang berharga

Peraturan-peraturan sekolah

Perkara 1 : Waktu Belajar

Tahap Satu
Isnin 7.40pagi - 1.00petang
Selasa - Khamis 7.40pagi - 12.30tengah hari
Jumaat 7.40pagi - 12.00tengah hari

Tahap 2
Isnin - Khamis 7.40pagi - 1.00petang
Jumaat 7.40pagi - 12.00tengah hari

* Murid mesti berada di tapak perhimpunan jam 7.25pagi.
* Semua murid mesti berbaris dan beredar dengan senyap dan pantas mengikut arahan guru
semasa pertukaran kelas.

Perkara 2 : Perhimpunan Khas/Harian

2.1 Semua murid diwajibkan hadir.
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.
2.3 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.4 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur
dan senyap.

Perkara 3 : Pakaian Seragam Sekolah

3.1 Pakaian murid lelaki.
3.1.1 Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar panjang berwarna biru tua (navy blue).
3.1.2 Tali pinggang adalah dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias. Warna tali
pinggang ialah warna hitam.
3.1.3 Baju adalah berlengan pendek dan berwarna putih.

3.2 Pakaian murid perempuan.
3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah 'pinafore tunic' berwarna biru tua (navy blue)
yang labuhnya sampai ke lutut dan baju kemeja warna putih.
3.2.2 Murid-murid Islam digalakkan memakai baju kurung berwarna putih dan kain sarun
berwarna biru tua.
3.3.3 Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung mini telekung dengan syarat
tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan tudung/mini telekung yang berwarna putih,
berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya.

3.3 Kasut dan stokin
3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut 'canvas' berwarna putih dan stokin
berwarna putih.

Thursday, May 8, 2008

Speech

This is the first blog for the 'Unit Disiplin' of SKS2BK. I will be posting all the rules of the school soon.